fbpx
Now Reading
Pengawal Keselamatan Tidak Ada Kuasa Untuk Simpan IC

Pengawal Keselamatan Tidak Ada Kuasa Untuk Simpan IC

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memang telah menjadi kebiasaan setiap kali ingin memasuki sesebuah premis seperti pejabat, kondominium atau kawasan perumahan, pengawal keselamatan yang bertugas akan meminta untuk menyimpan kad pengenalan bagi tujuan keselamatan.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya pengawal keselamatan tidak ada kuasa untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan anda dan ianya adalah satu kesalahan kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika kesalah dilakukan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Anda perlu tahu bahawa tidak semua pihak mempunyai kuasa untuk memegang kad pengenalan anda. Antara pihak yang dibenarkan untuk memegang kad pengenalan anda hanyalah pegawai polis, pegawai pendaftaran, pegawai kastam, mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah serta anggota tentera yang bertugas, menjaga dan mengawas.

Sumber: Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.