Now Reading
Anjing Jantan Mati Dirogol Oleh 4 Lelaki

Anjing Jantan Mati Dirogol Oleh 4 Lelaki

Seekor anjing jantan dipercayai mati setelah dirogol oleh 4 penagih dadah di Mumbai, India. Kejadian itu telah didedahkan oleh NGO, Animal Matter To Me (AMTM) di laman Facebook mereka.

Menurut India Times, penduduk tempatan yang bernama Sudha Fernandes menjumpai anjing malang itu terbaring berlumuran darah.

Sudha yang sering memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan itu dimaklumkan oleh seorang lagi saksi bahawa empat lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah telah menyerang anjing itu secara seksual.

Gambar: Facebook

Katanya juga, kaki anjing itu diikat dengan kuat dan mulutnya tersentak apabila anjing itu diperkosa. Menurut Facebook AMTM pada 20 November, anjing itu mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman akibat dari kejadian itu dan duburnya juga cedera teruk akibat ditusuk.

See Also

Gambar: Facebook

AMTM telah membuat laporan polis dan pihak polis kini sedang berusaha mengesan empat suspek terbabit. Namun malangnya, setelah bertarung nyawa untuk beberapa hari, anjing tersebut mati ketika tidur. Bangkai haiwan itu kemudian dibedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Sumber: The Reporter

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.