fbpx
Now Reading
“Keadaan Ezad Bertambah Teruk Apabila Cirit Birit Dan Muntah” – Isteri Ezad Lazim

“Keadaan Ezad Bertambah Teruk Apabila Cirit Birit Dan Muntah” – Isteri Ezad Lazim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli meminta peminat mendoakan kesihatan suaminya yang sekali lagi telah dimasukkan ke hospital akibat sakit usus dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Zeana meminta bantuan teman rapat membawa Ezad ke hospital, kira-kira jam 1 pagi apabila dia  cemas melihat suami kesakitan. Isterinya bertambah risau kerana Ezad turut mengalami ‘serangan panik’ berikutan keadaan kesihatannya.

Gambar: Utusan Online

“Memang setiap masa saya menemani Ezad bagi menjaga pemakanannya. Namun, hendak dijadikan cerita, saya sibuk menjaga anak sulung, Puteri Rania Keisha yang dijangkiti Influenza B. Keadaan suami bertambah teruk apabila cirit birit dan muntah akibat salah makan.”

“Dengan badannya yang lemah, ditambah pula dengan sakit usus, Ezad akhirnya bersetuju kami membawanya ke hospital. Sehubungan itu, saya sangat berharap peminat dapat mendoakan agar suami pulih secepat mungkin.” katanya kepada BH Online.

Zeana berasa ralat menyaksikan keadaan Ezad yang terlantar di katil dan ingin kembali mengawal pemakanan Ezad pada masa depan. “Sebagai penyanyi, antara faktor penting mengapa sakit usus perlu dikawal adalah kelebihan suara daripada perut. Jadi saya tidak mahu memandang remeh soal kesihatan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.