fbpx
Now Reading
Netizen Persenda Cubaan Bunuh Diri Di KLCC

Netizen Persenda Cubaan Bunuh Diri Di KLCC

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada hari minggu yang lepas, kecoh tentang kisah seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan ingin terjun dari tingkat 6 di KLCC. Ada beberapa berita yang mengatakan mangsa bergaduh dengan teman wanitanya dan ada juga yang mengatakan bahawa doa sedang dibebani hutang along.

Gambar: FMT

Mangsa berjaya diselamatkan oleh ahli bomba selepas dua jam percubaan untuk terjun. Berita ini pula menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Yang amat menyedihkan, ramai orang yang mempersendakan situasi ini dan ada yang juga berjenaka seperti tidak mempunyai sifat sensitiviti.

Ada yang mengatakan bahawa KLCC akan berhantu selepas ini dan ada juga yang berjenaka dengan mengatakan bahawa mangsa ingin mati dengan bergaya dan mengambil keputsan untuk terjun di KLCC.

Namun walaupun begitu, masih ada juga netizen yang menegur sikap tidak endah orang lain terhadap isu ini. Mereka mengkritik orang yang kurang rasa simpati selain menekankan masyarakat Malaysia yang terkebelakang dalam menghadapi masalah mental seperti depresi dan stress.

Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi dan rakyat Malaysia harus lebih peka tentang masalah mental dan depresi.

Sumber: Media Maklumat

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.