fbpx
Now Reading
Anggota Bomba Cedera Parah

Anggota Bomba Cedera Parah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat telah cedera dalam insiden kekecohan di kuil Sri Mahamariamman di USJ 25, Putra Heights. Beliau kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Gambar: Kosmo

Mangsa yang bernama Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mengalami beberapa kecederaan parah akibat daripada insiden itu. “Muhammad Adib masih belum sedarkan diri dan pemeriksaan pasukan perubatan menemui beberapa kesan lebam di bahagian dadanya. Tulang rusuknya turut patah sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa di Pusat Perubatan Subang Jaya, di sini hari ini.

Muhammad Adib dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya  dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut. Sumber dari Bomba berkata mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan  kenderaan FRT dan EMRS milik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Gambar: Kosmo

Mangsa kini dalam pemantauan rapi pihak hospital dan seramai lima doktor memantau tahap kesihatannya itu dan dimaklumkan tekanan darah mangsa berada dalam keadaan rendah dan tidak berubah. Dimaklumkan, Muhammad Adib telahpun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan.

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.”

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa saja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba,” kata Zuraida.

Sumber: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.