
“Kami Sudah Pun Berbaik” – One Forteen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, ramai dikejutkan dengan berita bahawa Izzue Islam telah keluar dari kumpulan Forteen. Akibat kontroversi yang menghambat, ahli kumpulan Forteen menolak dakwaan sengaja mencipta kisah sensasi demi meraih perhatian.
“Kami tahu sampai sekarang masih ada segelintir pihak yang mengecam Forteen berhubung isu perselisihan faham. Sebenarnya, kami sudah pun berbaik, jadi kita tolonglah ‘move on’. kata One, yang merupakan ahli kumpulan itu.

“Jangan keruhkan lagi dengan dakwaan tanpa asas. Kalau tuduh air mata atau kesedihan kami adalah palsu, perkara itu masih kami diamkan.”
“Namun, apabila mengaitkannya dengan sebagai gimik untuk pelancaran lagu baharu, itu tuduhan berat. Kalau betul di mana lagu itu?”
“Soal kesedihan kami pula, apa yang berlaku bukanlah sesi uji bakat. Saya bukan jenis yang pandai berlakon. Sudah-sudahlah sebab kami sudah berdamai,” katanya kepada BH Online.
Amer pula berkata, hubungan mereka dengan Izzue sudah seperti dulu namun terus berhubung biarpun terikat dengan komitmen berbeza.
“Syukur, ini ujian kami. Namun, apa pun berlaku kami tetap sahabat selama-lamanya. Paling penting, persahabatan ini terus erat. Soal Izzue bergerak sendiri, itu sudah dibincangkan. Masing-masing memberi masa andai dia mahu kembali, kami terima dengan hati terbuka.” katanya lagi.
Sumber: Berita Harian