Now Reading
Hairul Azreen Tak Kisah Kalau Tak Dapat Bonus Filem Paskal

Hairul Azreen Tak Kisah Kalau Tak Dapat Bonus Filem Paskal

Rata-rata rakyat Malaysia pasti sudah menyaksikan filem Paskal yang telah menambat hati ramai orang. Sebagai peneraju watak utama filem Paskal, Hairul Azreen tidak kisah jika tidak menerima bonus walaupun selepas kejayaan filem itu yang mencatat kutipan sebanyak 30 Juta. Bagi Hairul, mendukung watak utama dalam filem itu sudah pun memadai.

“Saya tak tahu fasal bonus. Tapi bagi saya, bonus ini merupakan hadiah dan kalau ada, itu namanya rezeki untuk kami. Tapi saya tak kisah sekiranya tiada bonus yang diberikan. Untuk saya, dapat watak utama dalam filem itu pun dah cukup gembira,” katanya.

Gambar: Astro Gempak

Adrian Teh, pengarah filem tersebut memaklumkan produksi Asia tropical Films masih belum memutuskan keputusan untuk memberikan bonus kepada barisan pelakon, dan perlu brebincang terlebih dahulu.

Filem Paskal itu turut dibintangi oleh Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Amerul Afendi dan Jasmine Suraya Chin.

See Also

Sumber: Roti Kaya

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.