fbpx
Now Reading
Tukang Masak Rakam Video Wanita Mandi Didenda

Tukang Masak Rakam Video Wanita Mandi Didenda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang tukang masak di Petlaing Jaya telah dijatuhi hukuman denda RM7,100 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di diatas dua pertuduhan iaitu merakam dan memiliki gambar lucah rakan wanita serumahnya bulan lalu.

Majistret, Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Siew Khong, 38, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan itu terhadap pekerja restoran wanita warga Filipina. Kejadian itu berlaku di rumahnya di Damansara Jaya, diantara 11.30 pagi dan 1.45 tengah hari, 21 Oktober lalu.

Pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda RM7,000 atau tujuh bulan penjara.

Pertuduhan kedua, dia didakwa telah berkelakuan aib dan tidak senonoh dengan merakam gambar wanita itu ketika sedang mandi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya. Lelaki itu didenda maksimum RM100 atau sebulan penjara, jika denda gagal dibayar.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap tertuduh setelah mengambil kira faktor kepentingan dan keselamatan awam.

“Dalam kes ini, ketenteraman mangsa telah diganggu kerana dia direkod ketika sedang mandi di rumah sendiri, oleh itu mohon satu hukuman yang dapat menginsafkan tertuduh,” katanya.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf selain berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.

Sumber: Awani

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.