fbpx
Now Reading
Tiada Lagi Pengumuman Di KLIA & KLIA2

Tiada Lagi Pengumuman Di KLIA & KLIA2

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mulai Disember ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan KLIA2 akan turut serta dalam kempen Silent Airport.  Malaysia Airlines memaklumkan di Twitter, tiada lagi pengumuman di kedua-dua buah lapangan terbang itu.

Gambar: Youtube

Selepas ini, penumpang diminta untuk merujuk kepada papan informasi digital yang ada di dalam lapangan terbang untuk sebarang maklumat terbaharu dan penting. Kempen Silent Airport merupakan satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.

Pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal, atau perubahan saat akhir. Terdapat beberapa lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini, antaranya adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.

Sumber: Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.