fbpx
Now Reading
Lubang Besar Tengah Jalan Ini Dibaiki Hanya Dalam Masa 4 Hari!

Lubang Besar Tengah Jalan Ini Dibaiki Hanya Dalam Masa 4 Hari!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.facebook.com/AlaskaTourAndTravel/photos/a.10150421715352921/10156124735057921/?type=3&theater"]

Krew jalan di Alaska, amerika Syarikat diangkat sebagai hero masyarakat apabila berjaya membaiki jalan raya yang rosak teruk selepas gempa bumi dalam tempoh kurang daripada 4 hari sahaja.

Alaska pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berkekuatan 7.0 magnitud yang merosakkan beberapa bahagian terutamanya jalan raya dan jambatan di salah satu wilayah milik negara Uncle Sam itu.

Gambar-gambar jalan baru yang menghubungkan jalan ke sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan Minnesota itu tersebar luas di media sosial dan menerima pujian daripada penduduk tempatan. Malah jalan baru tersebut sangat rata dengan cat tanda jalan yang baru.

Dalam kejadian gempa bumi tersebut, sekeping gambar di lokasi kejadian menunjukkan sebuah trak terperangkap dalam runtuhan yang meninggalkan lubang besar di tengah-tengah jalan.

Jabatan Fasiliti dan Pengangkutan Alaska dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menurap jalan dipenghujung tahun disebabkan cuaca yang sejuk namum pihaknya tetap meneruskan kerja-kerja membaiki bagi memudahkan urusan harian penduduk.

Kerja-kerja menyemak kesan kerosakkan pada 243 struktur jambatan turut dijalankan sejurus sahaja insiden gempa bumi namun sehingga tidak menemui sebarang kerosakkan besar.

Malah, kerajaan persekutuan turut menyalurkan dana segera sebanyak USD 5 juta pada Sabtu bagi membolehkan kerja-kerja membaiki dijalankan seberapa segera yang mungkin.

Bagaimanapun ketika ini, jawatankuasa pentadbiran di Alaska perlu bekerja keras untuk menangani kerosakkan yang berlaku sekurang-kurangnya di 50 lokasi yang berbeza yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Sumber : CNN 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.