fbpx
Now Reading
Saya amat sedih… – Tun Mahathir

Saya amat sedih… – Tun Mahathir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat sedih dengan berita anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia pada Isnin malam.

Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.

Muhammad Adib, 24 tahun, yang parah dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke Kedah pada malam ini untuk dikebumikan.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.