fbpx
Now Reading
Pada 2019, Hanya Boleh Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan

Pada 2019, Hanya Boleh Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Bagaimanapun, perokok masih boleh merokok di tempat awam namun hanya dibenarkan di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran juga perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

Dr Boon Chye berkata, kementerian mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Untuk enam bulan pertama peraturan larangan itu dilaksanakan, perokok dan pengusaha premis perniagaan kedai makan yang ingkar larangan itu hanya akan diberikan amaran.  Jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman.

Bermula Januari tahun depan, mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Dalam masa sama, kementerian memberi jaminan pengusaha kedai makan dan restoran tidak akan dikenakan tindakan atas kesalahan perokok yang degil. Katanya lagi, pengusaha kedai makan boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.