
Sanggup Hidup Tanpa Telefon Pintar Selama Setahun Demi RM400 Ribu?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan telefon pintar memudahkan kehidupan seharian tetapi jika anda terlalu bergantung dan taksub dengan telefon bimbit banyak moment yang anda akan terlepas dalam kehidupan anda.
we tried to get Brandon to make this deal, but he is too busy – will you turn off your phone for a year instead? #NoPhoneForAYear #contest https://t.co/RVTF0gytnv pic.twitter.com/wFFTXl0PBX
— vitaminwater® (@vitaminwater) December 11, 2018
Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan tersebut, anda perlu memuat naik entri di Twitter, Instagram dan Facebook, dengan menyatakan perancangan anda untuk menjalani kehidupan selama setahun tanpa menggunakan sebarang bentuk telefon pintar, termasuk tablet.
Jika anda terpilih sebagai peserta, anda akan diberikan sebuah telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai kemudahan membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Walau bagaimanapun peserta masih dibenarkan untuk menggunakan komputer, komputer riba dan teknologi lain seperti Google Home dan Amazon Echo.
Pastinya anda tidak dibenarkan untuk meminjam telefon pintar keluarga, rakan dan rakan sekerja. Jika anda berbohong dan menipu, anda tidak akan berjaya kerana pada akhirnya pihak syarikat Vitaminwater akan menggunakan alat pengesan penipuan untuk mengesan jika anda menipu atau tidak.
Sumber : The Vocket