fbpx
Now Reading
45 Mayat Ditemui Semula Selepas 14 Tahun Bencana Tsunami Berlaku

45 Mayat Ditemui Semula Selepas 14 Tahun Bencana Tsunami Berlaku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebanyak 45 beg terisi jasad manusia dipercayai mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami dahsyat pada 2004 ditemui di Acheh, Indonesia, kira-kira 14 tahun selepas kejadian. Kesemua jasad itu ditemui dalam sebuah lubang besar oleh penduduk kampung.

”Mulanya kami mengagak cuma dua jasad sahaja, tetapi setelah dikorek lebih dalam kami menemui kesemuanya 45 beg mayat,” kata Muhammad Yahya Tauhid, 73.

Menurutnya, lokasi penemuan mayat-mayat tersebut merupakan kawasan pertanian yang diusahakan oleh beberapa orang penduduk kampung sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami berlaku.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana di Acheh, Teuku Ahmad Dadek dalam satu kenyataan mengesahkan lokasi penemuan mayat tersebut tidak didaftarkan sebagai kawasan kubur besar bagi mengebumikan mangsa-mangsa bencana yang ditemui ketika itu.

Katanya lagi, kesemua identiti mayat tersebut sudah dapat disahkan memandangkan mereka dikebumikan dengan kad pengenalan diri. Daripada jumlah keseluruhan, 25 jasad merupakan mayat lelaki.

Salah satu mayat yang dikenali sebagai Sri Yuniza dituntut oleh pemerintah Bandar Acheh selepas disahkan sebagai ahli keluarga mereka manakala baki mayat yang lain dipindahkan ke Tempat Pemakaman Umum (TPU) di kampung berdekatan.

Sumber : Antara News

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.