Now Reading
Malaysia Tempat Ketiga Rakyat Paling Malas Di Dunia?

Malaysia Tempat Ketiga Rakyat Paling Malas Di Dunia?

Siapa sangka, selain mempunyai penduduk paling ramai obes dan menghidap kencing manis, rakyat Malaysia juga menduduki tempat ketiga paling malas di dunia. Kaji selidik yang dibuat oleh penyelidik di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, mendedahkan rakyat Malaysia secara purata berjalan atau bergerak hanya 3,963 langkah sehari.

Kajian berkenaan dibuat menggunakan aplikasi khusus pada telefon pintar merekodkan pergerakan kira-kira 700,000 orang melibatkan 46 buah negara di seluruh dunia.

Penduduk Hong Kong paling rajin, tempat kedua negara China

Berdasarkan kajian, penduduk Hong Kong dianggap negara yang paling rajin di dunia secara puratanya dikatakan berjalan dan bergerak sebanyak 6,880 langkah sehari, diikuti China di mana purata rakyatnya melangkah 6,189 tapak sehari.

Negara jiran kita iaitu Singapura berada di tangga kesembilan apabila rakyatnya dikatakan melangkah 5,674 tapak sehari. Bagi negara maju, Jepun di nombor 4 (6,010 langkah), United Kingdom di tempat ke-12 (5,444 langkah), Australia di tangga ke-28 (4,941 langkah) dan Amerika Syarikat di nombor 30 (4,774 langkah).

Indonesia negara paling pemalas di dunia

Dengan purata hanya 3,963 sehari, Malaysia di kedudukan tercorot di ranking ke-44. Dua negara di bawah Malaysia adalah Arab Saudi (3,807 langkah) manakala Indonesia dinobatkan sebagai negara paling pemalas di dunia dengan purata rakyatnya berjalan hanya 3,513 langkah sehari.

Bagaimanapun, menurut pandangan Penulis Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad Salim Bachok, tiada jaminan bahawa manusia yang banyak berjalan adalah lebih rajin dan produktif berbanding mereka yang kurang berjalan.

See Also

Menurutnya lagi, banyak sebab mengapa rakyat di sesebuah negara itu lebih banyak melakukan aktiviti berjalan berbanding negara lain. Sebagai contoh, negara-negara seperti Hong Kong, Singapura dan Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat meluas dan sempurna, menjadikan rakyat negara itu perlu lebih banyak berjalan.

Berbeza dengan Malaysia atau Indonesia di mana sistem pengangkutannya masih belum begitu menyeluruh dan sempurna, jadi ramai menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja sekaligus mengurangkan aktiviti berjalan.

Sumber : VitDaily

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.