Lokasi Tarikan Pelancong Songkla dibom, Tiada Yang Cedera

Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.

Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia), merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan.

Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang, yang mengesahkan perkara itu, berkata letupan berkenaan menyebabkan bahagian bawah patung besi itu terputus dua.

Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian ditutup kepada pengunjung,” kata Wiranan yang menambah, anggota forensik keselamatan Thailand akan memeriksa secara terperinci lokasi letupan bom terbabit.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu. – BERNAMA

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

34 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

3 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago