Gunung Agung Kembali ‘Terjaga’

Gunung Agung di Bali yang “tenang” beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini.

Letusan gunung yang terletak di Karangasem, di kepulauan Bali pada Ahad itu berlaku pada jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur selama kira-kira tiga minit.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaharu itu, lapor Bernama.

Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu dan diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah gunung berkenaan.

Sementara itu media Indonesia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini.

Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lepas dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali “tenang” selepas itu.

Letusan pada Julai lepas turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapangan terbang ditutup akibat asap dan debu gunung berapi menggangu operasi penerbangan.

Kali terakhir letusan kuat Gunung Agung berlaku adalah pada 1963 yang menyebabkan lebih 1,000 orang maut dan beberapa kampung di cerun gunung musnah.

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia berkata mereka memantau perkembangan terkini itu dan meminta rakyat Malaysia yang berada di Bali mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago