fbpx
Now Reading
Selain Kedai Makan, Kedai Dobi Juga Akan Dijadikan Kawasan Larangan Merokok

Selain Kedai Makan, Kedai Dobi Juga Akan Dijadikan Kawasan Larangan Merokok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia akan memperluaskan kawasan larangan merokok di premis perniagaan termasuk ke kawasan kedai dobi.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini hanya sembilan kawasan premis makan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa mulai 1 Januari.

“Hari demi hari kita akan mengenal pasti. Saya berkesempatan memerhatikan. Ada tempat awam, umpamanya di laundry, kadang kala ada orang merokok dan mendedahkan asap rokok atau passive smoking (kepada orang lain).

“Mungkin dari semasa ke semasa kami akan menambahnya (senarai premis). Ini adalah apa yang kami rancang. Iaitu untuk jadikan Malaysia sebuah negara dengan warga sihat bermula dengan larangan merokok di tempat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Walkabout Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Cheras hari ini.

Menurut Dr Dzulkefly, tindakan kompaun terhadap premis yang ingkar hanya akan diambil dalam tempoh enam bulan dari tarikh penguatkuasaan hari ini.

Ia bagi memastikan tempoh pendidikan mengenai penguatkuasaan larangan merokok terhadap masyarakat mencukupi sebelum tindakan tegas diambil.

“Kalau individu, dendanya ialah RM10,000 atau penjara dua tahun, sementara pemilik premis dendanya RM3,000 dan penjara tiga bulan.

“Dan bagi yang gagal memastikan orang tidak merokok, akan dikenakan denda RM5,000, atau penjara tidak lebih setahun,” tambahnya.

Sumber : Awani

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.