Pasti ramai yang ingin mencuba taman tema animasi pertama di Asia ini tetapi mungkin kerana harga tiket yang agak mahal menyebabkan niat itu terpaksa ditangguhkan.

Disebabkan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memperkenalkan model perniagaan baharu untuk Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke taman tema tersebut.


Bermula 1 Mac, orang ramai boleh masuk secara percuma ke dalam taman tema MAPS ini dan hanya perlu membayar untuk permainan atau menonton persembahan yang disediakan.
Menurut laman Facebook MAPS, bayaran serendah RM3 akan dikenakan bagi menikmati keseronokkan permainan yang ada dalam MAPS ini.
Antara yang menarik di MAPS ini adalah:


Sumber: Awani // Facebook MAPS