Bantuan RM100 Daripada Kerajaan Untuk Semua Penuntut IPT

Bantuan sebanyak RM100 akan diberikan kepada setiap penuntut warganegara Malaysia di institut pengajian tinggi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian berkata berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi, kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bagi tahun ini.

MOF berkata bantuan tersebut akan disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada, iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.

“Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data yang lama dan akan melibatkan peruntukan RM120 juta,”katanya sambil menambah perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan kelak.

“Penyaluran BPPT ini dibuat selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari 2019 untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang, berikutan saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi lebih perhatian kepada usaha-usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

“Bayaran BSH untuk golongan bujang ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta,”katanya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

12 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago