Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Hina Nabi

LELAKI warga emas, Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB) pada 17 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di FB miliknya Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan ia bukan kesalahan yang boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam kerana ia membabitkan agama dan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya jumlah jaminan yang ditetapkan dalam kadar yang rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Wai yang tidak diwakili peguam memohon supaya dikenakan jumlah jaminan yang rendah atas alasan dia tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan, Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa bag yang berisi baju dan botol air.

Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

50 mins ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

1 hour ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

2 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

3 hours ago