“Doktor-doktor di sini sedar dan tahu bagaimana menangani racun yang semacam ini,” – Tun M

Tidak perlu ke tahap nak isytiharkan Pasir Gudang sebagai darurat kerana keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa tahu bagaimana hendak menghadapi situasi itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu sidang media khas di Hospital Sultan Ibrahim hari ini, beliau berkata, sungguhpun perkara itu tidak pernah berlaku, tetapi dengan kepakaran pihak berkuasa termasuk pakar perubatan, masyarakat tidak perlu panik.

“Kita tak perlu isytihar darurat, tak perlu pindahkan orang, tapi kita perlu berhati-hati dan mereka yang bertugas untuk menjaga mengawal keadaan ini mesti bersedia untuk menangani apa jua masalah yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, sungguh pun perkara itu agak membimbangkan, tetapi beliau mempunyai keyakinan terhadap kebolehan doktor di sini, dan beliau mengharapkan agar rakyat, terutamanya masyarakat di Pasir Gudang mempunyai keyakinan yang sama.

“Saya dapati dalam taklimat yang diberi kepada saya daripada pelbagai pihak, mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku, tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital, sekolah dan lain-lain. Mereka telah tangani perkara ini dengan cekap dan berhasil.

“Saya datang ke hospital ini untuk melihat mangsa-mangsa, dan saya dapati walaupun mangsa menghadapi kesan yang serius, tetapi ternampak doktor-doktor di sini sedar dan tahu bagaimana menangani racun yang semacam ini,” katanya lagi

Terdahulu, usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang ditolak Kerajaan kerana ia tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu diisytiharkan darurat.

Sumber : Awani.com

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 hour ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 hour ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 hour ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago