
Polis NZ Bagi Amaran Jangan Sebar Video Insiden Berdarah Christchurch
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Polis New Zealand menggesa pengguna media sosial agar mengelakkan dari berkongsi visual rakaman dalam talian berhubung tragedi tembak menembak di dua masjid Christchurch pada Jumaat.
Tragedi yang berlaku sewaktu solat Jumaat dipercayai melibatkan dua warga Malaysia, namun Wisma Putra telah mengesahkan seorang individu yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
“Kami sarankan agar pautan berkaitan kes itu tidak dikongsi. Kami sedang berusaha untuk memadam rakaman,” kata polis New Zealand dalam status Twitter.
Police are aware there is extremely distressing footage relating to the incident in Christchurch circulating online. We would strongly urge that the link not be shared. We are working to have any footage removed.
— New Zealand Police (@nzpolice) March 15, 2019
Terdahulu, pihak berkuasa tempatan memetik portal berita CNN melaporkan mereka “menyedari” terdapat beberapa video berkaitan kes itu tersebar, tetapi tidak dapat mengesahkan atau menafikan kesahihan visual yang sedang tular berkenaan.
Portal berita itu turut melaporkan terdapat beberapa video yang mendakwa seorang lelaki bersenjata memasuki masjid dan memulakan tembakan rambang, namun video tersebut masih tidak dapat disahkan.
Dua insiden tembakan berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh.
Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah dan mengelak dari menziarahi mana-mana masjid di kawasan berdekatan.