Sungai Kim Kim Disahkan Selamat

Kawasan sepanjang 1.5 kilometer (km) di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, yang tercemar akibat pembuangan sisa toksik disahkan selamat.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, pihaknya bagaimanapun akan terus memantau selama 15 hari di lokasi itu bagi memastikan kualiti udara selamat.

“Kerja pembersihan sudah pun siap dan kini dalam proses mengeluarkan bahan-bahan sisa ke tempat pelupusan.

“Sebanyak 900 tan metrik sisa tanah tercemar bersama 1,500 tan metrik air dikeluarkan dari kawasan itu. Kerja mengangkat bahan tercemar diteruskan sehingga 21 Mac ini,” katanya pada sidang media di Sungai Kim Kim hari ini.

Hadir sama, Pengarah Teknikal 5E Resources Pasir Gudang, N Shanker dan Pengerusi Jawatankuasa Saintifik, Prof Dr Abdul Rahim Mohd Yusof.

Yeo berkata, sebanyak 620 bag jumbo dikumpul sehingga 18 Mac lalu dengan 490 baki bahan tercemar itu diangkat dan dijangka siap sepenuhnya pada 21 Mac ini.

“Tempoh itu mengambil kira pergerakan lori yang perlahan kerana melalui jalan kampung.

“Ia kemudian dipindahkan menggunakan lori lebih besar untuk proses pelupusan di kilang,” katanya.

Menurutnya, kehadirannya ke lokasi itu untuk mengetahui kualiti udara di Sungai Kim Kim yang menjadi tapak pembuangan sisa kimia.

“Saya sendiri akan periksa tahap kualiti sungai itu bersama kontraktor dan pegawai di sini. Jika tidak, rakyat tidak percaya kerja pembersihan itu, selain dibuktikan dengan alat pengesan gas di lokasi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerja pembersihan bermula 13 hingga 17 Mac lalu dan pemantauan dilakukan dengan melaksanakan pembersihan mikro.

Sementara itu, Dr Abdul Rahim berkata, Jawatankuasa Saitifik ditubuhkan untuk memantau lokasi terbabit dengan objektif mencari sumber atau kaedah digunakan untuk memulihkan tanah.

“Kita sudah dapat sumber dan pantau kaedah pembersihan, pantau kualiti udara dari masa ke semasa, selain puas hati dengan apa yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Shanker berkata, pihaknya menggunakan banyak peralatan bagi memeriksa kualiti udara di Sungai Kim Kim.

“Kami melakukan banyak analisis air dalam sungai dan banyak agensi membantu termasuk Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Kita pantau selama 15 hari lagi walaupun keadaan sudah pulih seperti biasa, selain mengeluarkan laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan menteri,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago