fbpx
Now Reading
Pemain PUBG Akan Disekat Selepas Main Selama 6 Jam?

Pemain PUBG Akan Disekat Selepas Main Selama 6 Jam?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesetengah pemain permainan PlayerUnknown’s Battleground’s (PUBG) Mobile mengalami beberapa masalah ketika bermain sejak beberapa hari ini.
Ada pemain yang mengadu mereka mendapat pop up peringatan kesihatan bahawa mereka telah bermain PUBG selama enam jam sehari dan oleh itu, mereka disekat dari terus bermain permainan itu.
Perkara itu kemudian dikongsikan di Twitter dan ramai yang tidak berpuas hati dengan ‘peraturan’ baru itu.
Notifikasi yang muncul di skrin, “Anda telah bermain selama enam jam. Sila kembali semula esok pada 2019-03-23 05:30:00” yang bermaksud pemain berkenaan hanya boleh bermain semula pada keesokan harinya jam 5:30 pagi.
Walaubagaimanapun ia adalah hanya satu percubaan yang dilakukan di negara India sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.