Perunding Kewangan Nyatakan TH Tak Wajib Beri Hibah, Berbeza Dengan Dividen

Ramai menganggap konsep pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama dengan dividen dalam pelaburan lain, namun hakikatnya ia adalah dua perkara berbeza.

Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu, berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi liabiliti.

Penjelasan berkenaan diberikan perunding kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir, dalam temu bual bersama Astro AWANI pagi ini.

Merujuk Akta Tabung Haji 1995, beliau berkata, wujud kekeliruan dalam masyarakat yang rata-rata beranggapan hibah TH wajib diberikan setiap tahun.

“Ada rakyat yang tak faham apabila mereka menyebut, hibah ini setiap tahun ada. Sebenarnya tidak”

“Apabila disebut hibah, ia terpulang, sukarela. Nak beri berapa, ikut dialah. Kalau dividen, lain, mungkin ada pulangan, ada justifikasinya.

“Dalam kes dividen, setiap tahun yang ada keuntungan, kena bagi. Tetapi, dalam sistem Akta TH, nak bagi hibah ada peraturannya. Berlainan dari pelaburan lain,” kata Shamsuddin.

Penjelasan berkenaan diberikan beliau susulan mesyuarat jemaah menteri hari ini yang akan membincangkan isu berkenaan kedudukan kewangan TH termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan semula, termasuk pembayaran hibah yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Akta Tabung Haji 1995, hibah ialah hadiah yang diisytihar TH berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah, iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah tidak wajib dibayar oleh TH dan walaupun dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan amalan tetap bagi mengelak daripada amalan tersebut dikira sebagai ‘urf’ (kebiasaan)

Seksyen 22 (1) akta tersebut menyatakan, TH boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

TH juga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri bagi mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu

Seksyen 22 (2) pula menyatakan, iika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), TH hendaklah menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.

Sumber : Awani.com

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

23 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

24 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago