Tun M Sahkan Osman Sapian Letak Jawatan MB Johor Semalam

Datuk Osman Sapian sudah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor, berkuat kuasa semalam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, Osman menyerahkan dua surat peletakan jawatan kepadanya dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam, dengan satu daripadanya akan diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Menteri Besar Johor sudah meletak jawatan semalam, dengan surat diserahkan kepada saya dan surat itu juga akan dihantar kepada Sultan Johor.

“Kita belum menentukan siapakah penggantinya tetapi mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH), Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Buat sementara waktu, Johor tidak ada Menteri Besar. Kita (mungkin) akan lantik pemangku,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Desas-desus mengenai peletakan jawatan Osman selaku Menteri Besar Johor bertiup kencang sejak beberapa hari lalu, dan ia semakin menjadi tanda tanya apabila Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor itu, bertemu Dr Mahathir di Putrajaya, semalam.

Pertemuan antara Osman dan Dr Mahathir difahamkan berlangsung selama kira-kira 30 minit mulai jam 5.45 petang.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, seramai tiga hingga empat calon sedang dipertimbangkan untuk menggantikan Osman dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Ditanya mengenai alasan diberikan Osman berhubung peletakan jawatannya, Perdana Menteri berkata beliau belum mahu mendedahkannya.

“Ada alasan yang diberikan, kami akan beritahu kemudian. Dia mahu meletakkan jawatan dan kami menerimanya,” katanya.

Ditanya sama ada Osman turut bertemu Sultan Ibrahim semalam, Dr Mahathir secara berseloroh berkata, beliau hanya bertemu ‘Duli Yang Maha Mulia (DYMM)’ Mahathir Mohamad dengan dua surat.

“Dia (Osman) menghadap DYMM Mahathir Mohamad dengan dua surat. Satu surat kepada saya untuk menyatakan peletakan jawatannya, dan satu lagi surat ialah untuk Sultan Johor dan saya berhak membacanya,” katanya.

Sumber : Berita harian

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago