Tidak Gambarkan Imej Malaysia Jika KLIA Ditukar Kepada SIA

Cadangan untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA) dilihat tidak bersesuaian dengan imej Malaysia di mata dunia.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir, berkata ini kerana imej Malaysia lebih sinonim dan terkenal dengan bandar utamanya atau ibu negara iaitu Kuala Lumpur di peringkat antarabangsa.

“Saya hormatilah pandangan pihak yang ingin menukarkan nama asal KLIA selepas mengambil kira faktor geografinya.

“Tetapi secara logiknya, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran seorang pelancong yang ingin melancong ke negara ini adalah ibu negaranya yakni Kuala Lumpur.

“Mesti mereka akan sebut Kuala Lumpur dahulu berbanding Sepang kerana Sepang hanya sebuah daerah di Selangor berbanding Kuala Lumpur yang lebih gah sebagai ibu negara dan tidak sesuai jika nak tukar namanya yang sedia ada,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini, malam tadi.

Semalam, BH melaporkan KLIA dicadangkan untuk ditukar namanya, cadangan penukaran itu terkandung dalam minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada Oktober lalu dan kini dikatakan sudah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam minit mesyuarat itu, antara lain menyebut cadangan nama baharu KLIA kepada SIA dan dinyatakan ia akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Pengangkut Negara.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai status pengisytiharan muflis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin, Anuar berkata pihaknya akan meneliti perkara berkenaan mengikut Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Kita akan ikut undang-undang dan peraturan negara sahaja yang memperuntukkan bahawa seseorang itu tidak layak untuk memegang jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya dia diisytiharkan muflis.

“Sebab tindakan atau keputusan untuk pelucutan status wakil rakyat beliau hanya akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukannya parti, jadi kita lihat dahulu macam mana kerana mungkin seseorang itu muflis kerana dia menjadi penjamin ke atas hutang orang lain,” katanya.

Status Hasnul menjadi teka teki selepas imej membabitkan iklan notis kebankrapan yang termeterai pada 22 Februari 2019, melalui perintah bertarikh 4 April lalu yang diiklankan melalui akhbar BH, tersebar melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Antara lain, ia menyatakan perintah itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Hasnul sebagai penghutang dan Bank Islam Malaysia Berhad sebagai pemiutang.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago