
Rakyat Jepun Buntu Diberi Cuti Terlalu Lama
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sempena pengunduran Maharaja Jepun pada 30 April ini, seluruh rakyat negara itu menikmati cuti selama 10 hari, pertama kali dalam sejarah apabila hari istimewa itu digabungkan bersama ‘Golden Week’. Golden Week merupakan cuti umum yang jatuh pada tarikh 29 April sehingga 6 Mei.
Salah seorang karyawan ketika ditanya memberitahu buntu diberi cuti terlalu lama.
“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana nak habiskan masa apabila diberi cuti selama 10 hari,” kata Seishue Sato pekerja dalam bidang kewangan, berusia 31 tahun.
“Sekiranya mahu bercuti, dimana-mana sahaja akan sesak dan kos pelancongan akan menjadi mahal. Saya lebih rela meluangkan masa bersama ibu bapa sahaja di rumah.”
Satu kajian yang dijalankan akhbar tempatan menunjukkan 45% rakyat Jepun berasa ‘tidak senang’ dengan percutian yang panjang, manakala 35% sahaja daripada mereka gembira.
Sumber: Daily Mail