Penerbangan Kota Bharu – Singapura Dibuka

Berita baik untuk rakyat Kelantan kerana mereka kini boleh menaiki penerbangan terus ke Singapura dengan terlancarnya penerbangan Scoot di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu hari ini.

LTSIP  menerima ketibaan pertama penumbang penerbangan dari negara itu  seramai 130 penumpang kira-kira jam 4.05 petang semalam.

Scoot yang merupakan anak syarikat Singapore Airlines Group akan mengendalikan penerbangan Kota Bharu – Singapura. Operasi akan bermula bagi penerbangan di destinasi itu sebanyak tiga kali seminggu bermula hari semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mohamood berkata, penerbangan langsung dari luar negara itu bakal merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini khususnya bagi menghadapi Tahun Melawat Kelantan 2020.

“Kita sebenarnya sudah lama menunggu saat ini, malah kita rancang lebih banyak penerbangan langsung dari Kelantan ke luar negara.

“Antaranya, kita menanti adanya penerbangan terus dari dan ke Kelantan ke negara lain seperti Vietnam dan Bangkok,” katanya ketika ditemui di LTSIP, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Turut hadir bersama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia negeri, Mohd Aidil Afizie Daud, Pengurus Besar Pelancongan Wilayah Timur,Hafiz Hazin dan Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan Malaysia Airport Holdings, Mohamed Sallauddin Mat Sah.

Hassan berkata, Scoot turut membuat penerbangan pertama dari LTSIP ke Lapangan Terbang Changi, Singapura petang tadi membabitkan jumlah penumpang yang sama.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan dalam kenyataan media berkata, penerbangan dari dua destinasi itu akan mengambil masa sejam setengah dan menjimatkan masa lebih dua jam berbanding penumpang dari Kelantan sebelum ini perlu membuat transit di Kuala Lumpur untuk ke Singapura.

Katanya, penerbangan terus itu menjadikan bandar ini destinasi ke tujuh Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.

“Bermula hari ini, Scoot akan membuat penerbangan tiga kali seminggu pada hari Selasa, Ahad dan Jumaat dengan tempahan boleh di buat melalui aplikasi Scoot atau laman sesawang www.FlyScoot.com,” katanya.

Sumber: Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

26 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

41 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

41 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago