fbpx
Now Reading
Facebook Mohon Maaf Atas Masalah Teknikal

Facebook Mohon Maaf Atas Masalah Teknikal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada malam semalm, insiden laman Facebook, Instagram dan WhatsApp telah mengalami masalah gangguan teknika. Susulan itu, syarikat rangkaian sosial Facebook mengeluarkan kenyataan khas berhubung isu berkenaan.

Facebook menjelaskan bahawa ketiga-tiga laman dan aplikasi itu sudah pun kembali normal dan pihaknya juga tampil memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami orang semua penggunanya.

“Sebelum ini, orang ramai dan syarikat perniagaan mengalami masalah memuat naik atau menghantar imej, video dan fail lain pada aplikasi dan platform kami.

“Isu ini telah diselesaikan oleh kami dan kami memberi jaminan seratus peratus kepada semua orang untuk kembali ke laman kami. Kami minta maaf atas sebarang kesulitan,” kata syarikat rangkaian gergasi itu menerusi satu entri terbaharu di laman Twitter.

Rata-rata pengguna memberitahu tidak dapat memuat naik gambar, video mahu pun status di dua laman sosial tersebut, malah ada yang tidak dapat menyemak kemas kini terbaru di akaun media sosial masing-masing.

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 aduan, manakala Facebook (483 aduan) dan WhatsApp (254 laporan) yang meningkat dari semasa ke semasa.

Difahamkan, masalah gangguan teknikal ini berlaku di seluruh dunia. Selain Malaysia dan Indonesia, negara lain yang turut mengalami laporan paling tinggi terjejas ialah timur Amerika Syarikat, Eropah dan Brazil.

Sumber: Awani


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.