
Isteri Shukri Yahya Keguguran. Mungkin Belum Masanya Untuk No 2
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Impian Shukri Yahya untuk menimang cahaya mata kedua nampaknya tidak kesampaian setelah isterinya keguguran pada april yang lalu.
Isteri beliau, Tya Adnan telah disahkan mengandung pada Mac , namun sudah ketentuan ilahi, Tya keguguran ketika kandungan baru mencecah sebulan. Pasti sedih perasan isterinya sebagai seorang ibu.
Kata Shukri lagi , dia yang memang mengimpikan kehadiran anak lelaki bagi bagaimanapun redha dan menganggap kehilangan itu sebagai tiada rezeki. Yelah baru lengkap kalau ada satu laki dan satu perempuan kan?
“Saya kecewa tetapi reda kerana saya sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata lelaki” – Shukri Yahya
Dipetik dari laporan kosmo, Shukri dan isteri sentiasa optiomis dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat yang kedua dalam keluarga mereka.
“Setiap hari kami berusaha untuk mendapatkan anak. Doakan kami!”

Shukri yang mula menceburi industri lakonan menerusi drama Juvana, telah berkahwin dengan Tya Adnan bulan November 2015 , dan hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Aiira Ameena yang kini sudah berusia 3 tahun.
Sumber : Kosmo