fbpx
Now Reading
Honestbee Gantung Operasi Di Malaysia

Honestbee Gantung Operasi Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/honestbeemy/photos/a.1726107934312614/2355125514744183/https://www.facebook.com/jibrilss15/photos/a.952762631463570/2809243712482110/

Bagi pengguna servis Honestbee , penyedia perkhidmatan barangan rumah dan makanan, kami ada berita buruk untuk anda!


Honestbee dikatakan telah menggantung operasi perkhidmatan mereka di
Malaysia bermula dari 22 Julai 2019 yang lalu sehingga diberitahu kelak.

Keputusan drastik yang dibuat oleh ibu pejabat mereka yang berpangkalan di Singapura itu  dikatakan sebagai salah satu langkah strategik perniagaan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk memenuhi komitmen kewangan terhadap rakan-rakan niaga mereka.

Lain pula cerita dari pihak rakan niaga mereka.

Jibril, sebuah restoran yang merupakan rakan dagang Honestbee di SS15 Petaling Jaya dilihat telah memuat naik satu gamba  di akaun rasmi facebook mereka yang nyatanya adalah surat rasmi yang dihantar Honestbee Malaysia kepada pihak Jibril.

Jibril turut memuat naik kapsyen di  Entri tersebut menyatakan yang Honestbee masih mempunyai tunggakan bayaran yang belum dilunaskan kepada pihak mereka dan telah terputus hubungan selama beberapa bulan sebelum ini. Walaubagaimanapun mereka baru-baru ini dihubungi oleh wakil honestbee hanya untuk mengambil kembali tab mereka bukan mengenai hutang yang masih tertunggak.

Semenjak dari 18 hb hingga kehari ini , tiada sebarang update yang dikeluarkan dari pihak honestbee di akaun sosial media milik mereka.

Sebagai rekod,Honestbee sebelum ini telah pun menghentikan operasi penghantaran nya di Singapura , Filipina , Taiwan, Hong Kong , Indonesia dan Jepun. Mereka juga dilaporkan akan membuang 10%  pekerja mereka di serata dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.