
Nota Terakhir Keluarga Adik Ainul Mardhiah Buat Dr Amalina Sebelum Pulang Ke Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita tau, adik Ainul Mardhiah dan keluarga telah selamat pulang ke tanah air ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia iaitu Dr Jaseemudeen Abu Baker dan Dr Gunalan Arumugam selepas hampir dua bulan di rawat di kota London.
Antara orang yang paling penting dalam misi membawa adik Ainul Mardhiah sebelum ini tidak lain dan tidak bukan, Dr Amalina, pelatih pakar bedah Malaysia di United Kingdom.
Saat keberangkatan adik Ainul dan keluarga kembali ke Malaysia, Amalina di katakan telah memuat naik gambar anak kecil tersebut bersama kapsyen yang bunyi ‘Selamat pulang ke Malaysia, sila datang semula ke London. Kami disini menyayangi mu” . Amalina turut berdoa agar adik Ainul Mardhiah akan membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.
“Perjalanan yang penuh emosi, ada naik dan turun tapi Ainul dan ibu-bapanya tetap kuat dan tidak pernah berputus asa.
“Alhamdulillah perkembangan yang memberangsangkan oleh Ainul, saya tak sabar untuk melihat Ainul berlari-lari di taman permainan seperti anak-anak lain” – Dr Amalina
Amalina kemudiannya dilihat memuat naik gamba di Insta Story beliau, yang memaparkan surat ucapan dan cenderamata yang dihadiahkan oleh keluarga adik Ainul untuk Amalina atas jasa-jasa beliau membantu mereka. Pasti terharu siapa yang membacanya.

“Assalamualaikum , Dr Amalina
“Terima kasih untuk segala pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit dalam urusan rawatan Ainul Mardhiah di London.
“Kami sangat menghargai setiap usaha dan jasa baik yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.
“Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Dr. Amalina dan memberikan ganjaran syurgaNya di akhirat kelak. Terima kasih,” – Wani & Safi ,Ibu-bapa Ainul Mardhiah
Seperti Dr Amalina, kami juga berharap yang adik Ainul Mardhiah akan membesar sempurna seperti kanak-kanak lain.