Satu Malaysia Tertipu Dengan Sungai Bersih ala-ala Jepun di Penang ?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru baru ini viral di media sosial mengenai sekeping gambar yang di katakan gambar sebatang sungai di pulau pinang yang bersih dan secantik sungai-sungai di Jepun. Ratusan ikan juga dilihat berenang2 di sungai berkenaan. Bersih dan Cantik! Tempat itu sebenarnya terletak di Pasar Sia Boey dan mula viral apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melawat ke tapak berkenaan.
Benda yang menarik mesti orang kongsikan ?
Ramai yang mengambil peluang ini dengan mengongsikan gambar tersebut di akaun media sosial masing-masing malah seorang pengguna facebook yang memuat naik gambat tersebut di akaun beliau telah mendapat 9,500 likes dan 10,000 perkongsian.
Namun keterujaan itu tidak bertahan lama . Muncul beberapa orang netizen yang mengatakan bahawa sungai itu hanyalah kolam kecil yang dibina bersebelahan dengan sungai terbabit , malahan sungai asal nya masih ada di situ dan masih dengan keadaan lamanya . Kotor!
Hmm, mana satu yang betul ni ?
Hari ini berlainan pula, dipetik dari Sinar Harian ,Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang ( PDC) dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah membuat kenyataan menafikan bahawa ia adalah sebuah sungai sebaliknya ia hanyalah terusan lama ( dibina pada abad ke 19) sedang di baik pulih
Menurut pengerusi PDC , Datuk Mohd Bazid Abd Kahar dan Penguru Besar GTWI, Ang Ming Chee, terusan yang dikatakan sungai itu telah dibaik pulih dan dibersihkan agar menjadi sebuah terusan dalam taman.
Mereka juga turut menyatakan bahawa tuduhan menutup sementara terusan yang sedia ada dan membina kolam yang lain adalah tidak benar dan disifatkan sebagai tidak bertanggung jawab. Mereka turut menegaskan yang air longkang yang kotor yang mengalir ke terusan itu dialihkan ke saluran paip yang baru bagi memastikan pelan pemulihan terusan berjalan dengan sempurna.
“Dakwaan dalam media sosial bahawa kita menutup sementara terusan yang sedia ada dan membina kolam baru sebagai Terusan Prangin itu tidak benar. Tuduhan mengatakan kita mengubah landskap Terusan Prangin juga tidak benar dan tidak bertanggungjawab.
“Terusan Prangin yang dibina sejak 1804 itu tidak dikelaskan sebagai sungai kerana tidak mempunyai aliran air semula jadi di hulu. Ia hanya mengalir ke tepi pantai di sebelah selatan Weld Quay.
“Tembok pembahagi dibina untuk menyalurkan air saliran dari sekitar kawasan George Town ke saluran baru agar terusan lama dapat dipulihkan. – PDC & GTWHO
Untuk makluman pembaca Sia Boey juga dikenali sebagai Prangin atau Ujung adalah aliran semula jadi bagi menandakan sempadan awal George Town pada abad ke 19
p/s : Saat kami sedang menulis artikel ini perang di media sosial masih lagi berlangsung