fbpx
Now Reading
3 Pelajar Malaysia Juara Utama Pertandingan Di Korea.

3 Pelajar Malaysia Juara Utama Pertandingan Di Korea.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga pelajar Malaysia Dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (INSTAR) Pekan, Pahang, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi anugerah utama selaku pasukan terbaik pada pertandingan Olimpiad Standard Antarabangsa ke 14 yang berlangsung di Anseong, Korea Selatan.

Tiga pelajar terbabit iaitu , Farhah Batrisyia Abdul Rahim, Nur Amalina Diyana Azman dan Nur Isyirah Zulkafli bersama guru pembimbing mereka Rose Nabiella Muhd Rusli telah dinobatkan Anugerah Perdana Menteri Republik Korea, dan turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah KRW 2,000,000 (RM6,958.33)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri dalam satu kenyataannya pada malam rabu, menyatakan bahawa pasukan tersebut telah mengalahkan 48 pasukan lain dari China, Ecuador, Indonesia, Jepun, Kenya, Korea Selatan, Peru, dan juga Singapura.

Tidak cukup dengan kejayaan terbabit, satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu dari Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) Kuala Berang, Terengganu telah menerima Anugerah Khas Korea Evaluation Institue of Industrial Technology (KEIT) untuk prestasi baik mereka dalam penulisan dokumen standard/teknikal , persembahan secara lisan dan kerja sepasukan.

Para peserta diuji dalam menghasilkan dokumen standard/teknikal untuk topik –Robot Untuk Kegunaan Di rumah – Kriteria Prestasi dan Kaedah Ujian berkaitan untuk Robot Cucian Kering (Kategori Menengah Atas) dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu– Kriteria Prestasi dan Kaedah Ujian untuk drone (Kategori Menengah Rendah)

Pertandingan tahunan anjuran Korean Agency for Technology and Standards (KATS) dan Korean Standard Association(KSA) ini akan menguji tahap pengetahuan dan profisiensi para peserta dari perspektik ‘standard’

Selain itu mereka juga harus mengintegrasikan kreativiti, pengetahuan saintifik dan teknologi mereka.

Terdahulu Standards Malaysia melalui akaun media sosial mereka  telah mengumumkan kemenangan tersebut . Satu lagi perkara yang membanggakan rakyat Malaysia !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.