fbpx
Now Reading
Lif PPR Kerinchi Terhempas , 8 Cedera

Lif PPR Kerinchi Terhempas , 8 Cedera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebanyak 8 orang cedera selepas lif yang mereka naiki mengalami kerosakan sebelum menjunam jatuh dari tingkap 5 ke tingkat bawah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi , Pantai Dalam sebentar tadi.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Blok C perumahan terbabit pada kira-kira 2.30 petang itu menyebabkan empat orang mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita patah kaki, empat lagi mengalami kecederaan di pergelangan kaki  dan tangan manakala seorang lain tidak tercedera.

Foto Ihsan Pembaca

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, pihak mereka mendapat maklumat kejadian pada pukul 2.36 sebelum bertindak menghantar sebuah jentera bersama 20 anggota ke lokasi kejadian

Semua mangsa berjaya dibawa keluar oleh orang awam, dan bomba yang tiba beberapa mint kemudian dengan bantuan pasukan perubatan bertindak mengasingkan mangsa mengikup tahap kecederaan .

Foto Ihsan Pembaca

Difahamkan terdapat sepuluh orang yang menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah dan berhenti di tingkat lima apabila seorang dari mereka keluar ,sebelum lif itu terhempas.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan susulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.