fbpx
Now Reading
Gempar ! Emas RM 1 Juta Lesap Dalam Rompakan Kurang 5 Minit Ala-ala Filem

Gempar ! Emas RM 1 Juta Lesap Dalam Rompakan Kurang 5 Minit Ala-ala Filem

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu kejadian samun yang menggunakan modus operasi langgar dan rompak menggunakan kepala lori di Jalan Chin Hwa, Ipoh hari ini benar-benar mengemparkan. Kejadian yang bagaikan sudah dirancang lama itu hanya memakan masa kurang dari 5 minit sebelum penjenayah berjaya membawa lari barangan kemas yang bernilai RM1 juta ringgit.

Kejadian yang berlaku di sekitar 6 pagi 5 ogos 2019 itu, dikatakan melibatkan 2 buah kenderaan iaitu Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner yang sedang dalam perjalanan ke Kelantan.

Kedua-kedua kenderaan terbabit dipandu masing-masing seorang lelaki berusia 30-an itu  dikatakan dirempuh kepala lori berkenaan sebelum dua suspek yang bersenjatakan parang turun dari lori untuk menyamun.

Pemangku Ketua Jabatan Siasat Jenayah (JSJ) , Asisten Komisioner Anuar Othman yang ditemui di lokasi kejadian, memaklumkan yang siasatan awal mendapati suspek menggunakan kepala lori yang dilaporkan di curi awal pagi ini di Klang, Selangor.

Foto Dari Youtube

Kedua suspek tersebut bagaimapun melarikan diri berserta empat bag barangan kemas dengan menaiki sebuah  kenderaan lain yang  polis percaya turut di bantu oleh dua lagi suspek menjadikan jumplah suspek seramai 4 orang.

“Kedua-dua suspek membawa lari empat beg barang kemas dianggarkan bernilai RM1 juta yang dibawa mangsa untuk dihantar ke Kelantan dan seorang dari mangsa mengalami kecederaan akibat terkena kaca.


“Selain dua suspek yang menaiki lori berkenaan, kita percaya ada dua lagi suspek lain yang menaiki sebuah lagi kenderaan untuk melarikan diri dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jenis kenderaan itu.


“Polis percaya kejadian samun ini sudah dirancang dan kita akan menyiasat dari setiap aspek serta sedang meneliti sekiranya ada CCTV (kamera litar tertutup) di sepanjang laluan ini” – Asisten Komisioner Anuar Othman

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.