
[VIDEO] Pesawat British Airways Mendarat Cemas Gara-gara Kabin Dipenuhi Asap
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penumpang sebuang pesawat British Airways berdepan detik-detik cemas apabila kapal terbang yang mereka naiki terpaksa melakukan pendaratan kecemasan apabila kabin penumpang tiba-tiba dipenuhi asap tebal sewaktu pesawat terbabit sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Valencia, Sepanyol.



Pesawat tersebut yang terbang dari Lapangan Terbang Heathrow, London ke Valencia, Sepanyol dengan penumpang seramai 175 dan diiringi 6 anak kapal bagaimanapun berjaya mendarat dengan sempurna sebelum semua penumpang diarahkan untuk turun menggunakan gelongsor kecemasan.
Seorang penumpang, Gayle Fitzpatrick dilihat telah memuat naik video di akaun twitternya yang memperlihatkan keadaan di dalam kabin pesawat yang dipenuhi asap tebal sebelum ia mendarat.
British Airways dalam satu kenyataaan, mengesahkan kejadian terbabit dan mereka masih menyiasat punca kejadian .