Bukan Di Rogol Atau Diculik,Usus Bocor Kerana Berlapar Punca Nora Anne Meningal
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Teka –teka mengenai punca kematian Nora Anne yang mayatnya dijumpai berhampiran anak sungai di resort tempat keluarganya bercuti akhirnya terjawab selepas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof menjelaskan keputusan bedah siasat yang memakan masa hampir 10 jam itu di satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK ) Negeri Sembilan.
Beliau memaklumkan kepada media bahawa tiada sebarang unsur jenayah ditemui ke atas mayat mangsa. Dakwaan dirogol dan diculik adalah jauh sama sekali. Beliau turut menjelas kan punca sebenar kematian Nora adalah disebab kan kebocoran usus gara-gara kebuluran dan tekanan dalam tempoh masa yang panjang.
Artkikel Terdahulu.
Mengenai dakwaan netizen di Twitter yang mengatakan Nora Anne di rogol, Datuk Mohamad telah menafikan perkara terbabit malah pihak nya telah membuat satu laporan dan akan menyiasat serta mengenal pasti penyebar berita iaitu pemilik akaun terbabit.
Kami difahamkan yang keluarga Nora Anne kini dibenarkan untuk menuntut mayat remaja istimewa tersebut pada bila-bila masa .
Terdahulu gadis istimewa kacukan Peranchis dan Irish itu dilaporkan hilang pada malam pertama mereka bercuti di Resort The Dusun di Seremban Negeri Sembilan.