fbpx
Now Reading
Apa Yang Korang Patut Tahu Tentang Kebakaran di Hutan Amazon

Apa Yang Korang Patut Tahu Tentang Kebakaran di Hutan Amazon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro jumaat lepas telah mengeluarkan dekri membenarkan kerahanan anggota tentera Brazil bagi membantu memadamkan kebakaran yang semakin marak di hutan hujan Amazon yang sudah melebihi beribu ekar.

Keputusan yang agak lambat! Itu pun selepas beberapa demonstrasi dan bantahan secara besar-besaran di adakan di Brazil dan seluruh dunia  serta desakan keras dari negara-negara kesatuan Eropah.

Data dari Institut Kebangsaan untuk Penyelidkan Angkasa(INPE) turut menunjukkan yang 1,663 kebakaran baru telah direkod di antara Khamis dan Jumaat lepas.

Kebakaran ini turut menyebabkan pencemaran udara yang terlampau malah beberapa bandar seperti Sao Paulo menerima impak nya dengan langit bertukar gelap pada Isnin lalu. Tak percaya ? Tengok gambar di bawah.

Kesimpulannya  Hutan Amazon yang sering digelar paru-paru bumi ini kerana keupayaannya untuk membekalkan 20 peratus oksigen di bumi ini dalam keadaan yang tenat, terlalu tenat. Malah saintis turut memberi amaran , bencana ini akan menjejaskan segala usaha yang telah/bakal dilakukan untuk mengatasi masalah perubahan iklim.

Apa puncanya?

Walaupun kebiasaannya ia terjadi secara semulajadi namun kebakaran yang teruk kali ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.

Malah NASA turut mengeluarkan kenyataan bahawa ianya berpunca dari aktiviti pembalakan walaupun turut menyelitkan bahawa pemanasan global  juga menjadi faktor.

Selain itu kelewatan pihak berwajib Brazil untuk menangani kebakaran turut menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Adakah ada kesan pada negara lain dan dunia secara amnya?

Ya ada! Karbon dioksida yang beratnya ber mega-mega tan  akan dilepaskan. Pasti ini akan memburukkan lagi lapisan ozon dan hutan-hutan lain  di sekitarnya. Ini kerana pokok-pokok di hutan tidak  mampu bertahan lama akibat kepekatan karbon yang tinggi. Malah bumi akan menjadi lebih panas .

Berjuta spesis istimewa yang menduduki Hutan Hujan Amazon bakal berdepan kemusnahan. Langit akan diliputi asap kehitaman sehingga langit bertukar menjadi gelap ,dengan jarak yang dijangkakan akan mencecah 3,000 km.

Selain itu gas karbon monoksida akan turut dilepaskan yang mana jika ia berada pada kepekatan yang tinggi, akan bertukar menjadi toksik!

Jadi apa yang boleh anda lakukan ?

Sebagai seorang awam, tiada apa yang mampu kita lakukan dari segi fizikal, hanya berdoa semoga semua nya pulih dan api dapat dipadamkan dalam kadar segera.

Namun anda a masih boleh berbakti dengan melakukan beberapa perkara seperti menderma kepada persatuan-persatuan yang memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya di Amazon, keluarkan suara anda demi kebaikan bumi! Sertai kempen pemeliharaan bumi , dan gunakan tanda hashtag / pagar #PrayForAmazonia #AmazonRainforest di semua platform media sosial. Biar semua tahu kita masih prihatin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.