Bercinta dari Sekolah, Tak Sampai 5 Minit Berkahwin, Pengantin Baru Mati Kemalangan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Benar kata pepatah ‘Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan’. Kejadian menyayat hati yang menimpa sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan benar-benar meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Insiden yang berlaku di lebuhraya Orange County di Texas, Amerika Syarikat itu dikatakan berpunca dari sebuah trak tunda yang gagal dikawal lalu merempuh kenderaan yang dinaiki pasangan muda tersebut.
Difahamkan kedua mereka Harley Joe Morgan,19 dan Rhianna Boudreaux Morgan, 20 yang berasal dari Vidor,Texas baru sahaja meninggalkan kamar mahkamah tempat mereka dikahwinkan mereka dan sedang menunggu di persimpangan jalan untuk masuk ke lebuhraya berkenaan, sebelum trak tunda tersebut muncul dan merempuh kenderaan mereka.
Impak kuat dari rempuhan itu menyebabkan kereta mereka terbalik beberapa kali.
Kejadian tersebut turut disaksikan oleh keluarga mereka, terutama ibu dan kakak pengantin lelaki yang menaiki kenderaan berasingan di belakang mereka . Mereka juga dikatakan cuba untuk menyelamat pasangan pengantin itu namun gagal.
Ibu pengantin lelaki, Le Shawa yang ditemui media tempatan mengatakan mereka berdua telah menjalinkan percintaaan sejak dari bangu sekolah. Namun kedua-kedua nya meninggal dunia tidak sampai 5min selepas sah menjadi pasangan suami isteri.
Yang lebih menyedihkan kedua-duanya mati dalam keadaan masih mengenakan busana perkahwinan.
“Mereka mula bercinta di bangku persekolahah”
“Mereka telah lama menunggu untuk berkahwin dan memulakan kehidupan baru bersama. Terlalu banyak perkara yang mereka impikan “