Suami Terlalu Romantik dan Rajin Punca Isteri Minta Cerai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tawar hati, tidak sehaluan dan kes curang adalah satu dari punca penceraian yang paling kerap kita dengari.
Malah terdapat beberapa lagi faktor lain yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga , seperti jarak usia pasangan yang jauh berbeza, keadaan kewangan keluarga yang tidak stabil, memandang rendah pada pasangan dan yang paling teruk sekali adalah keganasan rumah tangga.
Namun kejadian yang berlaku di UAE ( Emiriah Arab Bersatu) ini kedengaran agak pelik dan rasanya tidak pernah lagi terjadi, apabila seorang wanita memfailkan tuntutan penceraian hanya kerana bosan dengan sifat suaminya yang terlalu baik dan rajin.
Dipetik dari Khaleej Times, wanita itu memberitahu mahkamah syariah di Fujairah, UAE yang dia rimas dengan kasih sayang dan perasaan cinta berlebihan yang diberikan suaminya dan menuntut untuk diceraikan.
“Dia tidak pernah menjerit atau mengecewakan segala permintaan saya
“Saya berasa rimas dengan kasih sayang dan perasaan cinta suami saya yang terlampau. Dia selalu membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh”
Suaminya juga dikatakan sesekali akan ke dapur untuk memasak malah mereka langsung tidak pernah berbalah sepanjang setahun perkahwinan mereka.
“Saya amat rindu untuk berbalah , tapi agak mustahil kerana suami saya sangat romantis , malah selalu memaafkan dan kerap kali membelikan saya hadiah
“Saya tidak mahu kehidupan yang mudah” kata nya lagi kepada mahkamah.
Suaminya bagaimanapun memohon mahkamah untuk membatalkan penceraian itu.
“Tidak adil untuk anda menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka” kata si suami.
Kes ini setakat ini masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan dari pihak mahkamah lagi.
Hmmm apa agaknya reaksi suami selepas pulang dari mahkamah tempoh hari
Jadi macam ni ke?