fbpx
Now Reading
Had Umur Bersara Kekal 60 Tahun – Ketua Setiausaha Negara

Had Umur Bersara Kekal 60 Tahun – Ketua Setiausaha Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh mengenai cadangan menaikkan usia persaraan dari 60 ke 65 yang di usulkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan dikatakan sedang diperhalusi oleh Kementerian Sumber Manusia .

Cadangan itu bagaimapun ditentang  oleh majoriti masyarakat Malaysia terutamanya golongan belia malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut membantah cadangan berkenaan yang dilihat tidak mengambil kira kepentingan golongan belia di Malaysia.

Rujuk artikel : Ada 500 ribu belia menganggur- Syed Saddiq bantah kenaikan umur persaraan

Terkini, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ismail Bakar yang ditemui media di  satu majlis di Bukit Kiara sebentar tadi (3 Sept2019 )  menjelaskan isu berkenaan dan mengatakan yang kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan had umur persaraan buat penjawat awam buat masa ini .

Turutnya lagi keputusan muktamad itu telah dibuat oleh Jawankuasa Khas Kabinet Mengenai Pembaharuan Perkhidmatan  Awam yang telah bermesyuarat pada Mac lalu.

Kita sudah putuskan bahawa usia 60 tahun adalah kekal. Jadi kita tidak ada cadangan untuk menaikkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 atau 65 tahun

Memang kita menerima banyak cadangan tetapi setakat ini keputusannya masih kekal 60 tahun, jika masa akan datang kita tidak tahu – KSN

Sebelum ini Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyatakan bahawa kementerian  itu sedia memperhalusi cadangan berkenaan sebelum Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membuat kenyataan di Instagramnya membantah cadangan berkenaan.

Sebagai rekod , umur persaraan sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun iaitu pada 2001 (55-56tahun)  , 2008 (56-58 tahun) dan yang terakhir pada 2012 (58-60 tahun).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.