MISI PENDARATAN KE BULAN INDIA GAGAL
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Misi India untuk menjadi negara ke 4 mendarat di bulan berakhir dengan kegagalan selepas kapal angkasanya Chandrayaan-2 yang dijangka mendarat pada 1:57 pagi (waktu India) terputus hubungan.
Rata-rata rakyat yang teruja dari awal lagi telah bersiap sedia di hadapan televisyen bagi menyaksikan siaran langsung pendaratan kapal pendarat yang di beli gelaran “Vikram” itu. Namun berita gembira yang dinantikan tidak kunjung tiba.
Malah keadaan yang mulanya mengujakan di pusat kawalan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) bertukar suram selepas komunikasi antara pusat kawalan dengan Vikram tiba-tiba terputus ketika kapal pendarat tersebut sedang menghampiri bulan dengan jarak hanya tinggal 2.1 kilometer.
Pendaratan adalah seperti dirancang dan prestasi berada pada keadaan normal sehingga ketinggian mencapai 2.1 K.M dari permukaan bulan.
Namun komunikasi antara kapal angkasa dengan pusat kawalan terputus secara tiba-tiba dan data mengenainya sedang dianalisis – Pengerusi ISRO, K. Sivan
Dia yang turut menyaksikan detik bersejarah itu telah menenangkan K.Sivan dan pasukannya di ISRO yang dilihat begitu kecewa malah memberi tiup semangat dan mengingatkan mereka yang “jatuh bangun dan kegagalan adalah lumrah”
ISRO telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak US$ 120 juta bagi melancarkan Chandarayaan-2 ke bulan pada 22 Julai lalu.
Terdahulu pada April, percubaan Israel menempatkan kapal angkasa “Beresheet” juga tidak menjadi selepas kapal itu terhempas di permukaan bulan.