fbpx
Now Reading
Tidur Dengan 2 Kawan Wanita, Lelaki ‘Takut Cicak’ Dicekup Pegawai Agama

Tidur Dengan 2 Kawan Wanita, Lelaki ‘Takut Cicak’ Dicekup Pegawai Agama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian Seorang pemuda di cekup pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Pulau Perhentian benar-benar menarik perhatian penulis.

Pemuda ini di laporkan di tahan ketika sedang lena tidur bersama dua rakan wanita nya yang masing-masing berusia 20-an dan 30-an di atas satu katil yang sama pada jumaat lalu 7 September 2019 pada jam 3 pagi .

Foto : BH Online

Namun apa yang menarik perhatian adalah alasan yang diberikan pemuda tersebut untuk tidur bersama mereka iaitu takut dengan kehadiran cicak besar di chaletnya.

Tak ada alasan yang lebih logik ?

Dipetik dari Sinar Harian, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail dalam satu kenyataannya menyatakan yang siasatan awal mendapati mereka bertiga yang datang bercuti bersama menyewa dua buah chalet yang bersebelahan.

Namun semasa serbuan dijalankan, bilik yang disewa lelaki berkenaan didapati kosong sebelum pihak penguatkuasa menemui lelaki terbabit sedang lena dibuai mimpi bersama dua rakannya di bilik bersebelahan.

Bagaimanapun semasa serbuan, didapati bilik disewa atas nama lelaki itu kosong sebelum pemeriksaan di bilik bersebelahan mendapati dia sedang tidur lena bersama dua rakan perempuannya yang mana salah seorang berstatus isteri orang

Setelah disoal siasat, lelaki itu memberi alasan yang tidak masuk akal kononnya terpaksa menumpang tidur di dalam bilik tersebut kerana takut dengan kehadiran cicak besar di dalam biliknya. – Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail

Selain dari mereka bertiga terdapat satu lagi pasangan yang turut ditahan dalam operasi yang disertai oleh 30 penguatkuasa JHEAT itu.

Si lelaki juga memberikan alasan yang tidak masuk akal iaitu tertidur di bilik pasangannya selepas mengambil barang di bilik berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.