Budak Twitter Biadap Mohon Maaf Isu Raja Permaisuri Agong
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas kecaman demi kecaman dilemparkan kepada pemuda yang menghina Raja Permaisuri Agong yang dikatakan punca Baginda Permaisuri Agong menutup akaun twitter miliknya , pemuda biadap itu petang tadi dikatakan telah membuat satu permohonan maaf petang tadi.
Firdaus Asraf , yang mengunakan nama @frdsasrf memuat naik surat permohonan maaf kepada Raja Permaisuri Agong di twitternya satu hari selepas tindakan ‘kurang ajar’ yang dilakukannya yang dianggap menghina institusi diraja.
Malah tindakan pemuda ini mendapat respons dari bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan yang menyelar perlakuannya dan turut menegaskan bahawa tindakan harus diambil oleh PDRM terhadap pemuda itu dan beberapa invidu lain di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan-golongan biadap ini dari bermaharajalela.
Turutnya lagi, golongan yang tidak menghormati institusi diraja sebenarnya sudah di ‘brainwash’ sehingga tidak menghormati perlembagaan persekutuan.
Seluruh Malaysia merasakan tindakan pemuda ini tidak wajar, dan kepada Firdaus Asraf dan rakan-rakan nya : “Berdoalah agar kalian tidak dikenakan apa-apa tindakan, dan permohonan maaf itu diterima! “
Peace n Out!