fbpx
Now Reading
Akibat Terlalu Cemburu, Isteri Kelar Kemaluan dan Leher Suami Di Perak

Akibat Terlalu Cemburu, Isteri Kelar Kemaluan dan Leher Suami Di Perak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam perhubungan, rasa cemburu adalah satu perkara biasa . Perasaan ini sebenarnya akan lahir apabila anda terlalu sayangkan seseorang. Namun harus diingat, cemburu yang keterlaluan sebenarnya boleh menjejaskan hubungan bersama sekaligus mungkin boleh menjurus kepada  kes jenayah.

Dipetik dari Bernama, seorang wanita bertindak kejam dengan mengelar kemaluan dan lehar suaminya hanya kerana dihantui rasa cemburu.

Kejadian berlaku di awal pagi.

Kejadian ngeri itu dikatakan berlaku seawal 12:36 pagi ketika suaminya, seorang warga Sri Lanka sedang nyenyak tidur di rumah sewa mereka di Meru, Ipoh. Isterinya yang juga warga Sri Lanka kemudiannya menggunakan senjata tajam untuk mengelar anggota badan mangsa.

Foto Sekadar Hiasan

Polis temui pisau dan giat memburu suspek

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohamad Nordin Abdullah yang ditemui media berkata,  mangsa yang berumur 40 itu mengalami kecederaan parah di bahagian kemaluan dan leher. Pasukan penyiasat polis juga berjaya menemukan pisau yang digunakan, namun suspek berjaya meloloskan diri dan kini dalam buruan polis.

Siasatan awal di tempat kejadian menemukan senjata dipercayai pisau yang digunakan dalam kejadian ini. Polis juga sedang giat mengesan suspek iaitu isterinya yang juga warga Sri Lanka.

Mangsa di bantu orang awam.

Turut Nordin lagi, mangsa yang  dikelar kemudiannya keluar rumah dan meminta bantuan orang awam yang kemudian membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Foto Sekadar Hiasan

“Selepas dikelar, mangsa keluar meminta bantuan orang awam. Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun – Supt Mohamad Nordin

Jelasnya lagi, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen  326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.