Now Reading
2 Beradik Bakar Rumah Hanya Kerana Teruja Tengok Bomba Masuk Kampung

2 Beradik Bakar Rumah Hanya Kerana Teruja Tengok Bomba Masuk Kampung

Tanya saja mana-mana kanak-kanak, setiap mereka pasti mempunyai hero pujaan tersendiri. Samaada ianya dari cerita kartun, animasi ,komik, filem atau mungkin hero sebenar seperti anggota polis dan tentera.

Apa yang pasti, mereka pasti gembira dan teruja setiap kali bercerita tentang hero pujaan mereka ,yalah da nama pun idola kan? Apatah lagi kalau diberi peluang berjumpa dengan hero mereka. Pasti lagi seronok bukan?

Ini yang dikatakan terjadi buat dua beradik ini yang kisah mereka kini menjadi viral kerana  didakwa telah bertindak di luar jangkauan sehingga sanggup membakar rumah di kawasan perumahan mereka hanya kerana rasa teruja untuk melihat kehadiran hero mereka ; bomba berperang melawan api .

Agak keterlaluan dan tak masuk akal bukan ?

Bukan itu sahaja, malah dua beradik ini turut dikaitkan dengan siri kebakaran 12 buah rumah penduduk kampung yang terjadi di Kampung Padang Pohon Tanjung, Tumpat ,yang diberitakan mula terjadi pada Jun yang lalu.

Dipetik dari  Sinar Harian kedua beradik berkenaan yang berumur masing-masing 10 dan 11 tahun itu sudahpun ditahan  pada 12 tengah hari semalam  bagi membantu siasatan siri kebakaran yang menimpa kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden  Mohd Razi Rosli ketika dihubungi Sinar Harian berkata penahan di lakukan selepas pihak polis menerima laporan penduduk termasuk  satu kes kebakaran yang berlaku di betul-betul di hadapan kediaman keluarga beradik berkenaan.

Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok – Deputi Supt Mohd Razi Rosli

See Also

Siri kejadian kebakaran itu dikatakan bermula dengan sebuah rumah kedai yang hangus terbakar pada bulan Jun , diikuti  3 lagi ruma hangus terbakar menjelang Hari Raya Aidiladha.

Kejadian ketiga pula difahamkan membabitkan 7 buah rumah juga di kampung yang sama pada  28 Ogos lalu  dengan yang kejadian terbaharu , sebuah rumah yang didiami seorang bapa tunggal bersama 4 anaknya beberapa hari yang lalu.

Alahai adik…Gigih bakar rumah semata-mata nk tgk bomba datang.Lokasi: Pasir PekanC/p: Amrie IST

Posted by Kelantan State on Saturday, 14 September 2019

Bagaimanapun kesemua insiden ini tidak melibatkan sebarang nyawa termasuk kejadian berlaku beberapa hari lalu.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.