fbpx
Now Reading
Gurau Bawa Bom – Lelaki Di Tahan Di Airport Miri

Gurau Bawa Bom – Lelaki Di Tahan Di Airport Miri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda masih ingat pada tahun 2015, seorang lelaki warga China dipenjara 5 hari dan denda RM 5000 oleh Mahkamah kerana bergurau membawa alat letupan di dalam bagasinya ketika menaiki pesawat AirChina di KLIA.

Tidak cukup dengan itu, pada 2016 di Kuching International Airport, seorang askar berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke mahkamah hanya kerana gurauannya dengan krew sebuah syarikat penerbangan mengatakan yang dia membawa bom dan akan meletupkan pesawat sedangkan didalam bagnya hanya terdapat ikan terubuk masin, kek lapis dan pakaian. Tiga penerbangan terpaksa ditunda susulan dari gurauan anggota tentera terbabit.

Terbaru, pagi ini 19 September 2019, gurauan seorang lelaki di Miri Airport membawa padah apabila dia ditahan polis kerana alasan yang sama!

Bergurau memiliki peranti letupan ! Lagi sekali??

Lelaki itu yang juga seorang pekerja kapal  di katakan telah di soal sebanyak tiga kali oleh krew penerbangan AirAsia ketika pemeriksaan di kaunter masuk syarikat penerbangan berkenaan namun dia berulang kali memberikan jawapan yang sama; beg dibawanya berisi bom.

Berikutan itu, krew syarikat penerbangan terus menghubungi pihak polis sebelum lelaki berkenaan ditahan untuk mengelak bahaya kepada penumpang lain.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner Lim Meng Seah dalam satu kenyataannya mengatakan lelaki tersebut telah di tahan dan akan disiasat malah menyifatkan kes ini serius walaupun lelaki berkenaan hanya bergurau,

Suspek ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Suspek dalam perjalanan menggunakan penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur ketika ditahan – Asisten Komisioner Lim Meng Seah

Meng Seah turut menjelaskan yang tiada bom yang di simpan didalam beg lelaki berkenaan hasil siasatan pihak polis.

Beliau dalam masa turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan gurauan yangboleh menimbulkan rasa cemas  dan panik kepada orang lain.

Rasanya-rasanya kita dah boleh la berhenti bergurau perkara-perkara macamni. Bukan apa takut kalau terjadi betul-betul di masa hadapan, kita juga yang menyesal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.